Wednesday, November 4, 2009

MADRASAH AKTIVIS UMMAT ( MAD'U)

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.


Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja.


Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.


Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Mahabbah Eidulfitri (JME) JUNDIYY

Assalamua’laikum.



Insya-Allah JUNDIYY akan mengadakan Jamuan Mahabbah Eidulfitri (JME) seperti berikut:



TARIKH : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
MASA : 08.00 am - 01.30 pm
TEMPAT : Kelas KAFA, Masjid Negeri Pulau Pinang



Tentatif program adalah seperti berikut:




08.00 am : Pendaftaran

09.00 am : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis /
Bacaan Al-Quran


09.30 am : Ucapan Pengerusi JUNDIYY

10.00 am : Ceramah oleh Ust.Hafiz Nordin

12.00 pm : Jamuan makan

01.30 pm : Solat Zohor /Bersurai



Sehubungan dengan itu, JUNDIYY menjemput dan mengalu - alukan kedatangan semua ahli JUNDIYY dan terbuka kepada semua yang berminat untuk sama - sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini dengan mengisi minda dengan pengsisian program yang di sediakan.


Pihak pengurusan kewangan JUNDIYY ingin memohon sumbangan dan infak dari setiap wadah dalam JUNDIYY bagi bersama-sama menjalankan program ini.



Sumbangan dan infak boleh diberikan semasa pendaftaran pada 17 Oktober 2009. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat menguatkan lagi ukhuwah antara wadah-wadah dalam JUNDIYY.


Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan sekretariat program :

1. Saudara Zhaf : 019-4554508
2. Saudari Ana : 013-5915957


p/s:infak dan sumbangan dari individu juga amat dialu-alukan.



Siti Mastura Muhammad
Bendahari,
Jaringan Pemuda Dakwah Islamiyyah(JUNDIYY)


Monday, September 28, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin di ucapkan buat semua yang berkunjung di blog ni...
Setelah sekian lama blog ini tidak di hiasi dengan cerita baru, hanya ucapan salam aidilfitri yang mampu di hulurkan...

Apa yang pasti bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini , Allah masih memberikan kesempatan buat diri ini untuk meneruskan kehidupan walaupun ianya mengundang banyak ujian hidup yang tidak di sangka - sangka..

Ujian bagi ku yang tidak sedikit rintangan yang harus aku lalui dan harungi.

Walau dengan peluh, keringat, titis air mata mahupun tawa gembira...

Hidup mesti di teruskan..!!

Semakin banyak ujian hidup ini semakin ku kenal erti perjuangan dalam sebuah kehidupan manusia yang sementara di muka bumi Allah ini.

Semakin banyak rintangan dan tekanan hidup, makin ku kenal siapa kawan dan siapa lawan..
Yang adakalanya seperti ' duri dalam daging' mahupun 'gunting dalam lipatan'. ..
Sakitnya ...DIA saja yang maha mengetahui..

Apalagi tatkala bicaranya manis bergula...sehingga aku lupa berwaspada kerana percaya...

Madrasah Ramadhan tahun ini, ku lalui dengan perasaan syukur di atas ujian yang di berikan... kerana ku pasti, itulah tanda perhatian kasih NYA pada ku yang sering alpa...

Dan Syawal yang sedang ku lalui kini, pasti akan ku harungi jua dengan redho dan tawakkal pada NYA....

Tuesday, August 18, 2009

JEMPUTAN UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN API

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan sahabat - sahabat Muslimin dan Muslimat,

Putera dan Puteri Islam Sekalian,

Para Mujahid dan Mujahidah,serta..Para Dai'e dan Dai'eyah .....

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dibawah naungan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN . Pelbagai pengisian untuk pemantapan ilmu dan iman akan diadakan bermula 29 Ogos 2009 - 31 Ogos 2009 (8 Ramadhan 1430 - 10 Ramadhan 1430) bertempat di Pantai Bersih.

Justeru itu API menjemput individu - individu yang berminat untuk turut serta beruzlah tazkiyyah di bulan Ramadhan ini dalam membina pemantapan ilmu, iman dan amal dalam menyediakan diri di jalan dakwah.


Tentatif Program adalah seperti berikut ( mungkin ada peru bahan)


Tarikh / Masa

Slot

Catatan

29 Ogos 2009 ( Sabtu)

06.00 pm

Tiba di Surau Pantai Bersih / Urus Diri

Penginapan Muslimin disurau,

penginapan muslimat dirumah sewa.

07.30 pm

Berbuka Puasa / Solat Maghrib

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.30 pm

Solat Isyak / Sunat Tarawih

10.00 pm

Taaruf / Taklimat Program& Pembahagian Tugas - Saudara Amir

11.00 pm

Rehat

30 Ogos 2009 ( Ahad)

04.30 am

Urus Diri / Qiamullail dan Persiapan Sahur

Semua Aktiviti di Surau Pantai Bersih

05.00 am

Sahur dan Solat Subuh

07.00 am

Kuliah Subuh

Merungkai Permasalahan Umat Islam Global –

Dr Roslan JIM

08.00 am

Riadah - Saiful Affandi

09.00 am

Slot 1 : Persoalan Akidah Dalam Perjuangan

Dakwah Secara Berjemaah Dan Keperluan Untuk Terlibat - Ust. Hafiz Nordin

10.30 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 2

Masyarakat dan Kepedulian - Ust. Nizam Mahshar

12.45 pm

Persiapan Zohor dan Solat Zohor

02.00 pm

Slot 3 : Ibadah

Amalan Harian Tarbiah Ruhiah - Ustazah Mardhiah

03.30 pm

Muhasabah Ringkas ESQ way - Saudara Izzat

03.45 pm

Slot 4 : Keluarga Aktivis Dakwah -

Ust. Kamaruddin Kassim

04.30 pm

Solat Asar / Taklimat Turun Lapangan – Saudara Amir

05.00 pm

Persiapan Berbuka Puasa

06.30 pm

Tadarus Al – Quran

07.00 pm

Berbuka / Solat Maghrib

08.00 pm

Bergerak ke R&R BORR untuk Solat Isyak dan Tarawikh

R & R Pantai Bersih

10.00 pm

LANDAS Malam Merdeka : ‘Ops Sayangi Remaja’

01.00 am

Rehat

31 Ogos 2009 ( Isnin)

04.30 am

Urus Diri / Sahur / Solat Subuh

Semua aktiviti di Surau Pantai Bersih

08.45 am

Senaman Ringkas ESQ way - Saudara Hadi

09.15 am

Slot 5 : Prinsip Dakwah - Ust Wahab

09.45 am

Slot 6 : Ukhwah dan permasalahannya –

Saudara Shamsul Ery

10.45 am

Solat Sunat Dhuha

11.00 am

Slot 7 : Muhasabah Pemuda-pemudi Islam –

Dr Fadhullah Jamil

01.00 pm

Solat Zohor / Bersurai






Penyertaan program adalah terbuka kepada semua dengan bayaran penyertaan sebanyak RM 10 seorang. Sila daftarkan penyertaan melalui SU API bagi memudahkan urusan berkairan. SU API boleh di hubungi di talian seperti di bawah.


Cara mendaftar:


Semua peserta boleh mendaftar melalui email, sms atua telefon dengan memberikan maklumat berikut:


· Nama penuh

· Institusi ataupun pekerjaan,

· No. telefon

· Alamat bermastautin


Sila hubungi SU API untuk urusan pendaftaran ;


Fatin Safiah Kamaruddin

Setiausaha API

0135045063

hafias@yahoo.com.sg



Mohon sebarkan maklumat ini kepada sahabat – sahabat yang lain.


Terima kasih.


Wassalamualaikum wbt.

Thursday, July 30, 2009

HARI KELAHIRAN

Agaknya apalah perasaan mak dan abah sewaktu menyambut kelahiran anak yang ketiganya waktu itu.

Lahirnya seorang lagi anak perempuan dalam sebuah keluarga yang sudah punya seorang anak lelaki dan perempuan.

Waktu itu , apalah agaknya impian mak dan abah dalam merencanakan kehidupan anaknya ini.

Dua puluh lapan tahun yang lalu bukanlah satu jangka waktu yang singkat.

Hari ini anak itu telah membesar seperti anak - anak orang lain.

Alhamdulillah kurniaan Allah yang cukup segala sifat seperti anak - anak manusia lain.

Tapi kini, dia bukan lagi seorang bayi perempuan yang belajar menangis di hari pertama lahirnya dia kedunia ini.

Agaknya apa perasaan mak dan abah bila melihat anaknya itu, telah membesar dan menjalani hidup seperti hari ini.

Apakah anak mak dan abah ini sudah menjadi seperti apa yang mak dan abah harapkan di hari pertama diri ini di lahirkan.

Dan kini, adakah aku benar - benar menjadi anak sepertimana yang mak dan abah harapkan ?

Hanya ampunan jua ku mohon andai diri ini masih belum mampu membalas segala jasa baik dan pengorbanan mak dan abah selama ini .

Semoga Allah menyayangi mak dan abah seperti mana mak dan abah menyayangi diriku sewaktu kecil malah lebih dari itu lagi.

Dan kini, anak kecil itu sudah pun dewasa.
Meniti hidup seorang diri di rantau orang.
Dalam menempuh onak dan duri kehidupan tanpa mak dan abah menemani.
Maafkan anak mu ini, kerana tidak dapat berada di samping mu selalu di hari - hari usia mu kini sudah semakin tua.

Hanya pada Allah jua, anakmu ini berdoa moga DIA mengurniakan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga lebih daripada apa yang anak mu mampu berikan.
Allah jua sebaik - baik pemberi balasan dan tempat untuk kita bergantung harap.

Selamat hari lahir wahai diriku, hadapilah usia yang masih ada ini dengan jalan hidup yang di redhai Allah.

Siapkanlah bekalan untukmu, sebelum dikau melangkah ke alam yang baru selepas ini...

Monday, July 27, 2009

MENGKAJI SEJARAH PATANI DARUSSALAM

Beberapa konflik yang tercetus di Selatan Thai kini, mengundang minat dan keinginan saya untuk mengkaji susur galur sejarah sebuah negara yang suatu ketika dahulu merupakan milik Tanah Melayu yang di kenali sebagai Patani Darus Salam.

Setelah berlakunya penjajahan Siam ke atas tanah Patani, kini kawasan tersebut di kenali sebagai Patani juga tetapi berada di bawah pemerintahan kerajaan Thailand dan menjadi sebahagian daripada negara Thailand di bahagian Selatan. Iaitu bersempadan dengan negeri Kedah ,Kelantan dan Perlis.

Akibat daripada penjajahan yang sudah hampir 250 tahun ini, mengundang beberapa peristiwa ngeri yang acapkali berlaku di daerah tersebut. Pembunuhan, pengeboman, penembakan, penculikan, penderaan, sekatan, penindasan, kezaliman,rogol, di nafikan hak dan pelbagai isu dan konflik yang berlaku sehingga ke hari ini ke atas umat islam yang juga berbanga melayu di sana.

Kesedihan terhadap nasib yang menimpa mereka, seharusnya menjadi satu pemnagkin kepada kita di Malaysia dalam mencari jalan untuk membantu saudara seislam dan sebangsa yang menerima penindasan oleh mereka yang tidak ingin melihat bangsa dan agama islam terus wujud di bumi Patani.

Tanah Patani kini, sudah seringkali di simbah darah dan mayat umat islam melayu yang tidak berdosa.

Berikut adalah beberapa buku yang saya perolehi dalam mencari jawapan kepada persoalan yang berlaku di Patani kini yang wajar juga di miliki dan di kaji oleh kita semua.


Sejarah Perjuangan Melayu Patani





Harimau Malaya




Ulama Besar Dari Patani



Gerila

Tuesday, July 21, 2009

JEMPUTAN DISKUSI ISU SAUDARA ISLAM ANTARABANGSA - " KONFLIK UMAT ISLAM PATANI (SELATAN THAI) "

Assalamualaikum wbt,

Ke hadapan Tuan/ Puan, Saudara / i, Sahabat Sekalian,

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bersama Aktivis Pemuda Selatan Thai akan mengadakan program "Diskusi Saudara Islam Antarabangsa" yang akan membincangkan isu - " Konflik Umat Islam Patani (Selatan Thai)" .



Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 Julai 2009 ( Jumaat )
Tempat : Dewan Muzakarah, Pusat Islam, USM ,
Masa : 08.00 malam
Moderator : Saudara Nizam Mahshar ( SU,PUMPP)
Panel : Aktivis Pemuda Selatan Thai


Justeru kami menjemput Tuan/Puan, Saudara /i dan Sahabat sekalian untuk sama - sama hadir ke diskusi ini bagi melihat konflik umat islam - melayu di selatan thai ini dari kaca mata yang lebih telus dalam kita mencari jalan penyelesaian bagi membantu saudara seislam di sana.

Mudah - mudahan dengan perlaksanaan diskusi ini akan meningkatkan kesedaran dan kesediaan kita dalam memahami isu , bertindak mencari penyelesaian dan membina solidariti ummat islam sedunia . Insyaallah..

Untuk maklumbalas penyertaan dan pertanyaan lanjut , sila hubungi :

Saudara Nurfitri Amir : 013 - 706 9509
Saudara Hadi : 017-4716821

Saudari Wan Azilina : 012 - 560 7547

Kerjasama semua amat di harapkan dan di akhiri dengan ucapan terima kasih .
Mohon sebarkan maklumat program ini.

Wassalamualaikum wbt,

Wan Azilina Binti Wan Ahmad
Koordinator Aktivis Pemuda Selatan Thai
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)