Wednesday, June 24, 2009

MELAHIRKAN KHALIFAH ALAM

Panggilan telefon dari Aisyah pada suatu hari, membawa saya ke sebuah kampung yang sungguh cantik dan indah pemandangannya. Kehadiran saya dan adik - adik USM Liza , Rubi dan Husni yang merupakan Aktivis Alam Sekitar Kampus ( Campus Environmentalist - CARE) di sambut dengan hujan renyai yang membasahi bumi.


Rubi yang sedang memainkan peranan sebagai fasilitator program
memberikan penerangan tentang alam sekitar



Tibanya kami di sana, tugasan yang di berikan pada awalnya adalah untuk mengkoordinasi pameran alam sekitar. Bahan - bahan pameran Alam Sekitar yang perlu di pasang seperti streamer, menampal poster, menyusun atur buku - buku dan 'layout' tapak pameran juga telah di bawa dari Penang ke Merbok . Mujurlah hari masih hujan, sekurang - kurangnya masih ada masa untuk menyelesaikan perihal bahan pameran sebelum program bermula.

Mujurlah adik - adik CARE yang terlibat sama di dalam Bengkel Khalifah Muda ini sudah cekap menguruskan bahan - bahan pameran . Kerja dekorasi bahan - bahan pameran cepat siap . Sementara menanti kehadiran adik - adik peserta , kami meninjau sekeliling rumah Cikgu Azmi yang di jadikan tempat untuk bengkel ini .


Peserta di minta melukis gambaran alam sekitar yang mereka fahami


" Sasaran kita dalam 60 orang pelajar sekolah rendah Kak",kata Aisyah sebelum program bermula . Tidak banyak yang sempat di bualkan, Aisyah begitu sibuk nampaknya. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Begitulah gaya pengarah projek.

"Kak Wan, kita nak kena buat apa lagi ni ?", tanya Rubi.

" Hermm..kalau ikutkan sebelum ni, Aisyah bagitau kita kena buat pameran saja. Bagi penerangan tentang bahan - bahan yang kita bawa ni. Pasal perubahan iklim, ekosistem hutan paya bakau.... ", jelas ku.

" Tapiiii....kalau tengok keadaan hari ni, akak rasa kita kena jadi fasi juga ni", tambah ku lagi.

" Haaaa....fasi??, Modulnya ada kak?', tanya Liza pula.

" Upppss...modul ? Akak rasa tak ada. Cuma dapat tentatif program ja", kata ku lagi. Masing - masing berpandangan dan tersenyum sendiri. Tanda memahami situasi yang bakal kami hadapi sebentar lagi.

" Bidang terjunlah nampaknya niiii...mujurlah baru habis training CARE . Boleh lah apply hari ni, kata Husni. Kami semua ketawa mendengar kesimpulan yang di buat pada situasi tika itu.


Bengkel Khalifah Alam

Begitulah nama bengkel ni. Matlamatnya untuk melahirkan kesedaran alam sekitar kepada budak - budak sekolah rendah tentang alam sekitar khususnya dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Walaupun di pagi hari itu, hujan renyai - renyai, penyertaan yang di terima melebih sasaran yang di harapkan. Hampir 80 orang mendaftarkan diri. Mujurlah rumah yang di jadikan tempat bengkel itu mampu memuatkan semua peserta. Itupun terpaksa di bahagi kepada dua kumpulan untuk memudahkan proses fasilitasi dan ruang bilik yang terhad.
Macam - mcam aktiviti yang di rancang. Ada yang tercapai dan ada juga yang tidak. Ada penceramah untuk mengisi slot tiba - tiba tidak dapat hadir.

Dan saya, perlu uruskan tayangan video. Segala urusan teknikal termasuk memasang LCD pada laptop, perlu di uruskan. Entah macam mana, LCD pula buat hal. Mujurlah gambar yang terpapar di screen laptop dapat di tayang juga akhirnya di screen LCD.


Aktiviti outdoor yang di jalankan adalah menanam pokok


Program bersama kanak - kanak bawah 12 tahun ini, tidak boleh terlalu serius. Apalagi terlalu banyak ceramahnya. Namanya pun budak - budak....Jika di lihat pada matlamat bengkel untuk melahirkan " Khalifah Alam" bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia adalah perkara yang besar dan berat untuk di laksanakan.


Para peserta , fasilitator dan penganjur program Bengkel Khalifah Alam


Kalau sekadar program yang bersifat "short off " sudah pasti tiada masalah. Mula program pukul 8 pagi, pukul 5 petang sudah beres. Impak dan outputnya jarang - jarang sekali di lihat. Tetapi program yang terbaik adalah, memikirkan perlaksanaan dan kesan jangka panjang yang di harapkan. Di samping planning yang berterusan dalam merealisasikan matlamat melahirkan Khalifah Alam. Itulah training yang saya lalui ketika mula - mula menjalankan gerakkerja aktivisme bersama SAM. Dan program ini pula anjuran bersama SAM dan TERAS. Methodnya masih sama.


Diskusi perlaksanaan program Khalifah Alam untuk akan datang bersama Cikgu Azmi

Namun cabarannya tetap besar. Daripada soal funding sehinggalah kepada person incharge yang betul - betul komited. Dalam keadaan serba kurang itu, di situlah pentingnya peranan PIC yang mampu melaksanakan tanggugjawab dengan penuh dedikasi. Tanggungjawab sebagai seorang penggerak , seorang aktivis dan tak mustahil sebagai seorang da'ie /da'ieyah...Memahami makna khalifah sebelum melahirkan khalifah. Bersikap dan bertindak sebagai khalifah sebelum melahirkan khalifah.

1 comments:

syahidah said...

Memahami makna khalifah sebelum melahirkan khalifah. Bersikap dan bertindak sebagai khalifah sebelum melahirkan khalifah.

penting tu!